fbpx

About

Jom Dengar Cerita Disebalik Sugar For Your Mind

Sugar For Your Mind ialah ‘gula-gula’ untuk minda kita…

Kebahagian dan ketenangan ialah ibarat satu puzzle yang mencabar. Ramai yang masih tidak faham & tidak berjaya selesaikannya. Sebaliknya mereka mengejar impiaan yang salah dan akhirnya rasa tak bahagia.

Alhamdulillah, Sugar For Your Mind nak menunjukkan kepada orang ramai  kebahagian ini sebenarnya tidak susah dan tidak se-complex yang kita bayangkan (…hanya kalau kita tahu punca sebenar dan teknik untuk menyelesaikannya).

Kunci hati yang tenang, positif dan kreatif ialah dengan KONSISTEN mencari ilmu. Seperti badan kita, minda kita perlu dilatih setiap hari untuk kita menjadi lebih kuat.

Sebab itu tagline sugar for your mind ialah ‘satu hari satu ilmu’ iaitu untuk mendidik masyarakat kepentingan memberi makanan kepada minda kita agar kita kekal ‘mentally fit’ setiap hari sebab emosi yang baik ialah modal kepada kehidupan yang baik. Dan inilah apa yang Sugar For Your Mind perjuangkan.

 
Siapa Kami?

Sugar For Your Mind ialah sumber inspirasi untuk bantu anda memahami diri anda, untuk reset minda, ubah cara berfikir & mencapai potensi diri sebenar yang bermanfaat.

Sugar For Your Mind juga termasuk komuniti projek yang komited menyebarkan mesej positif yang menenangkan dalam bentuk audio dan video.  Kami hanya terdiri daripada pasukan kecil yang berjiwa besar, masing-masing memiliki keinginan untuk menjadi versi diri kami yang terbaik macam anda!

 
Bila projek ini bermula?

Apa yang bermula sebagai satu mini projek kini sudah semakin berkembang sebagai satu komuniti yang berkembang dengan sangat pantas. Daripada audio podcast tenang yang berdurasi 3-4 minit, sambutan yang diterima membuatkan kami tersedar betapa penting ada komuniti yang aktif membantu ramai orang diluar sana tentang kepentingan mencari ilmu.

Sebab itu tagline sugar for your mind ialah ‘satu hari satu ilmu’ iaitu untuk mendidik masyarakat kepentingan memberi makanan kepada minda kita agar kita kekal ‘mentally fit’ setiap hari sebab emosi yang baik ialah modal kepada kehidupan yang baik. 

 
Visi kami?

Kemana kami nak menuju? Impian kami ialah untuk membantu 1,000,000 wanita untuk bersama memperbaiki diri mereka menjadi lebih tenang, positif & kreatif. Kerana kami yakin, ubah satu wanita, seluruh satu generasi akan ikut berubah.

Madiha Hasan, Founder of Sugar For Your Mind

Siapa Host Anda?

Madiha Hasan

Hi! Sayalah Madiha Hasan, founder dan juga host podcast Sugar For Your Mind untuk pendengar semua seperti anda yang sedang mencari inspirasi untuk reset cara berfikir untuk lebih tenang, positif & kreatif – walauapapun konflik yang terjadi.

Bagaimana saya melihat diri saya? Saya ialah seorang pelajar universiti kehidupan yang sangat obses belajar tentang psychology manusia. Kemana saya pergi, saya sentiasa ada jurnal bersama saya untuk mencatat sebarang pemerhatian baru atau pembelajaran baru.

. . .

Ini profil ringkas Madiha:

  • Memiliki background pendidikan Psychology di Universiti Edinburgh, United Kingdom.
  • Salah seorang Life Coach di dalam Geng 5AM, bersama KAC Wealth (Slot setiap pagi Selasa dan Khamis)
  • Merupakan salah seorang certified NLP practitioner di Malaysia.
  • Pernah berkhidmat untuk FunnelEvo sebagai salah seorang certified Coach dalam membantu ribuan usahawan di Malaysia mengembangkan bisnes mereka.
  • Host podcast Sugar For Your Mind
  • Founder Community Sugar For Your Mind

Apa Mereka kata?

Saya Nak Akses VIP Setiap Minggu + Bonus Percuma 😍

TIGA Kelebihan Yang Anda Akan Dapat?

(Tidak ganggu anda pada waktu lain 😉)